PETALING JAYA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Nadeera Zaini tahun ini lebih bermakna apabila penyanyi ini berpeluang pulang ke kampungnya di Kelantan selepas dua tahun tidak berhari raya di negeri tersebut.
“Kalau bukan waktu perayaan, perjalanan dari Mersing, Johor ke Kelantan mengambil masa sekitar 8-9 jam. Kali ini disebabkan kesesakan trafik, perjalanan mungkin menjadi lebih lama. “Mungkin kesempatan ini juga saya gunakan untuk menganjurkan majlis doa selamat selepas kemenangan dalam program Big Stage tahun lepas,” kongsinya.