Realiti dunia K-Pop, kdagang tidur dua jam sehari - Isaac Voo

  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 73 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 32%
  • Publisher: 51%

Entertainment Entertainment Headlines News

Entertainment Entertainment Latest News,Entertainment Entertainment Headlines

'Persaingan dunia K-Pop terlalu sengit. Setiap hari ada sahaja bakat-bakat baharu muncul. Kami perlu perbaiki kelemahan. Bukan mudah untuk saya bertahan di sana. ...'

TIDAK ramai yang maklum bahawa salah seorang anggota kumpulan popular IN2IT merupakan anak Malaysia yang lahir di Sabah.

Isaac Voo, 27, membawa nama Malaysia apabila menjadi satu-satunya anak tempatan yang berjaya menembusi industri hiburan Korea dan menempa nama seluruh dunia. Mingguan Malaysia baru-baru ini berpeluang bertemu anak muda ini dalam satu program ramah mesra yang dianjurkan di ibu kota. Ikuti perkongsian Isaac tentang hidup dan cabaran bergelar bintang.Saya mula mengikuti perkembangan dunia K-Pop pada usia 15 tahun. Bermula dengan menonton persembahan sebuah kumpulan terkemuka di televisyen. Saya tertarik dengan bahasa pertuturan orang Korea dan mula membuat kajian tentangnya.

Namun tidak dinafikan, keadaan itu berlaku. Kebanyakan artis K-Pop mengambil masa yang cukup lama, mempersiapkan diri sebelum diterima untuk bergelar bintang. Kemahiran amat penting, namun personaliti adalah segalanya. Tanpa kualiti itu, sukar untuk anda tembusi pasaran di sana. Saya pula tidak jangka akan diterima baik di sana.Setiap individu ada tarikan tersendiri. Tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih menonjol. Hanya menjadi diri sendiri.

Setiap hari kami bangun seawal enam pagi untuk bersiap. Kemudian menghadiri persembahan demi persembahan dan sesi bertemu peminat. Proses itu berulang-ulang. Ada ketika, saya jatuh sakit. Namun terpaksa meneruskan persembahan . Saya juga pernah dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan ketika membuat persembahan. Itu antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

 

Thank you for your comment. Your comment will be published after being reviewed.
Please try again later.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

 /  🏆 27. in ENTERTAİNMENT

Entertainment Entertainment Latest News, Entertainment Entertainment Headlines